#annurzinnirah 2 tahun 7 bulan yang lepas 100%#pampersfree alhamdulillah.
Kali ni 100% juga di latih oleh dedi bukan momi ya.
Dedi annur cadangkan 2 bulan sebelum #pampersfree annur be*ak di tandas, b*rak sahaja, ken*ing masih dalam pampers, so memang setiap kali nak membuang annur akan ke tandas. Selepas beberapa ketika, annur memang dah pandai tahan untuk membuang.
Satu hari, annur cakap taknak pakai pampers sebab dah besar (kami selalu tanamkan dalam fikiran dia, budak besar tak pakai pampers dah selama beberapa ketika,tapi bukan paksaan) jadi dia rasa dah besar dan tak nak pakai pampers dah.
Dedi annur cuba freekan pampers untuk hari pertama, alhamdulillah memang tak dijangka, hanya terlepas sekali saja terken*ing di luar.
Kami risau pada malamnya, tapi sekali lagi kami rasa kagum dengan kepandaian annur tahan kenc*ng pada waktu malam,untuk tempoh seminggu percubaan,hanya sekali saja annur terlepas kenc*ng pada waktu malam,dan pada siangnya hanya beberapa kali.
Alhamdulillah pada umurnya ketika ini,annur sudah sepenuhnya free pampers,
Dialog tadi
A: momi annur dah terkenc*ng sikit!
M: ha??jom2 kita masuk tandas
A: annur kenc*ng sikit je sebab annur nak ken*ing banyak dalam tandas
M: tak apa annur,nanti cuba sepenuhnya nanti dalam tandas ya, clever girl sangat ni.
Konklusi
1. Selalu tanamkan dalam diri anak,dia dah besar,budak besar tak pakai pampers dah.
2. Jangan paksa sebab nanti anak stress ibu juga stress (momi la tu)
3. Bagi anak buat keputusan sendiri samada dia nak pakai pampers atau tak, sebab dengan cara ni anak akan lebih yakin dan semangat.
4. Jangan lemahkan semangat anak setiap kali terlepas membuang selain dari tandas.
5. Raikan setiap kejayaan anak, kelemahan anak pun ibu bapa bagi semangat lagi.
6. Dedi annur latih dia tahan untuk be*ak dulu,sebab be*ak ni macam situasi besar,bila dah pandai tahan dan buang dalam tandas,secara automatik dia akan pandai untuk tahan ken*ing.
7. Jangan menakut2kan anak, contoh ayat "kalau ken*ing selain tandas nanti hantu makan"
Ambil masa yang lama untuk free pampers,tapi kami buat dalam keadaan enjoy dan tiada paksaan,jadi semua pihak gembira,alhamdulillah.
#pampersfree
#happyparents
#alhamdulillah
#thanksfordedihardwork
#momiishappy
