Semalam, thermos brand zojirushi sampai di rumah, iman excited sebab thermos ni suggested oleh Cik Nuie, kata nya boleh masak bubur/nasi dalam ni, selain tu,dapat juga rebus sayur
😍
Semalam janji nak review, di bawah ni iman tunjuk gambar sekali,cara masak bubur ni
Bila tengok video di youtube , terus nak beli, sebab iman memang kuat travel atas jalan,perlukan sangat thermos ni, #abbad_af iman start dengan BABY LED WEANING,tiada puree
🙈 , jadi tekstur besar, tiada masalah untuk abbad, abbad terus kunyah, kalau abbad tertelan, dia terus gagging , gagging ni adalah refleks baby terus keluarkan makanan yang macam tercekik,masyaAllah ajaib sangat bila tengok, yang ni nanti iman cerita perjalanan sepanjang sebulan cuba gunakan cara BLW,
Berbalik pada cerita thermos ni, cara nak masak bubur dalam ni mudah saja,
1. Basuh dulu thermos ni dengan air panas yang baru lepas gelegak,buang air panas
2. Letakkan beras yang sudah di basuh bersih 1/3 cup di dalam thermos,
3. Masukkan air panas gelegak, tutup dengan penutup,
4. Selepas 5 minit, buka penutup,keluarkan air panas tadi, masukkan air panas yang baru ke dalam thermos,
untuk air yang banyak,kuantiti beras 1/3 cup, masukkan air sampai hampir penuh.
5. Selepas 3 jam, bubur ready untuk di makan,bersama lauk lain jika ada,
Sesuai sangat untuk ibu berkerja tak sempat nak masak guna dapur,boleh masak dalam ni 3 jam awal.
Surirumah pun tak sempat tau
😅
Thermos ni brand Zojirushi
500ml
Warranty 5 tahun
Percuma bag dan sudu/fork/chopstick
Tahan 8 jam kepanasan (rasa lebih lagi tau)
Thermos ni juga boleh guna untuk air sejuk
😊
500ml
Warranty 5 tahun
Percuma bag dan sudu/fork/chopstick
Tahan 8 jam kepanasan (rasa lebih lagi tau)
Thermos ni juga boleh guna untuk air sejuk
Iman tak jual, boleh beli di lazada atau shopee
Share jika bermanfaat (konon
😝)
Dengan tekan butang share
☺️
Dengan tekan butang share





