Annur Journal
———————-
Momi start cadangkan Annur untuk buat journal,since Annur 2 tahun lebih, salah satu sebab,dia suka sangat buku ni, buku hadiah untuk dia masa dedi pergi beli alat tulis untuk kegunaan syarikat, dapat percuma (ops
🙊), lepas tu momi cakap hadiah untuk Annur, walaupun nampak macam tak sesuai, tapi Annur suka sangat
😅
Dalam buku ni, momi bagitau Annur,Annur kena express segala perasaan Annur dalam ni,marah,tak suka,kasih ,sayang,melukis, semua Annur boleh buat, salah satu cara momi boleh tahu perasaan Annur macam mana.
Suatu hari,Annur datang dengan nangis2,ambil buku ni di meja, datang tepi momi, Annur lukis, dan cakap kuat2
“Hari ni Annur sedih! Momi marah Annur sebab Annur buat benda yang tak sepatutnya, lepas tu Annur dah mintak maaf,tapi Annur masih sedih”
😢
😅
Lantas momi ambil pen dan tulis setiap bait kata2 Annur dalam ni, dia juga yang pilih, Annur masih belum pandai tulis , tapi lepas momi tulis, Annur gembira dan macam tak ingat dah dia sedih tadi.
Happy ending
😅