Pinterest

Wednesday, September 19, 2018

Cuti Malaysia/Malaysia days


Hari ni cuti, jadi momi ajak keluar nak main dengan air.
Pergi kolam besar penuh dengan orang, momi sejenis geli sikit kalau ramai sangat orang dalam kolam yang air tak mengalir 🙊😅, cancle mandi kolam.
Lepas tu ke jeram mengaji,ingatkan tak ramai orang, sekali penuh jugak dengan orang, siap dengan orang merokok dalam kolam lagi,walaupun sekeliling budak2 😢 , cancle jugak jeram.
Annur dah sedih sebab doa dia hampir Allah tak makbulkan, teringat uncle, call uncle tanya kolam ada air tak,Annur nak tumpang mandi, uncle kata kolam tak cuci lagi.
Solution,momi cakap Annur kena cuci kolam uncle kalau nak mandi, nanti Annur mesti happy sebab kesungguhan bersihkan kolam tu.
Deal dengan uncle,uncle setuju, jadi tak jadi keluar mandi dekat luar, balik rumah balik, ke rumah auntie dan uncle nak mandi kolam.
Dari tengah hari ke petang, puas hati Annur 2 kali masuk kolam,lepas makan tengah hari sekali lagi dia terjun, dengan Abbad sekali, bonus perut kembung minum air kolam 🤣
Last mandi Annur cakap
“ Annur gembira sangat dapat mandi kolam,Allah makbulkan doa,Alhamdulillah,tq Allah”
Momi tengok muka penuh ikhlas anak ini doa,lalu momi pun terharu, boleh ka orang dewasa macam kita doa seikhlas anak2 ini?😢
Berakhir sudah cuti satu malaysia kami, Annur dah selamat tidur dalam kereta,keluar cari makan.
😍🤗


Ramai orang di jeram mengaji









cuci kolam uncle

hard work


nampak semangat :P

No comments:

Post a Comment

damper on a stick

Aktiviti minggu (sabtu petang) ini, kami berkumpul dengan  # homeschooler   yang lain di  Pantai Melawi,Bachok,Kelantan  ! MasyaAllah aws...

nuffnang